Terletak di perairan tenggara Semenanjung Malaysia, kepulauan Seribuat mempunyai pantai berpasir yang paling indah dan air jernih. Semua pulau yang terletak di perairan Johor dilindungi di bawah pengurusan Taman Laut Sultan Iskandar. Kepulauan Seribuat terletak di perairan pantai Mersing, terdiri daripada 41 pulau yang dibahagikan kepada lima gugusan utama; iaitu Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Dalam perjalanan bot yang singkat dari tanah besar, kebanyakan pulau besar dihuni oleh komuniti nelayan Melayu tradisional tempatan, yang telah lama berada di sini sejak zaman purba ketika lanun ganas merayau di lautan. Lanun telah lama dihapuskan dan pulau-pulau kini mempunyai pelbagai rumah tumpangan dan resort yang memenuhi keperluan pelancong tempatan dan asing.
Bersantai di tepi pantai, berenang di air jernih dan melakukan sukan air adalah berharga, di bawah deruan ombak terhampar terumbu karang yang sihat dan cantik dengan pelbagai bentuk hidupan menunggu untuk diterokai, manakala trip memancing di laut dalam adalah idaman pemancing yang berani
Secara ekologi, pulau-pulau ini mempunyai gabungan flora dan fauna yang unik termasuk spesis asal, endemik dan jarang dijumpai yang terancam di peringkat global – baik di darat mahupun di bawah air. Menjadi sebahagian daripada Geopark Mersing, pulau-pulau ini juga mempunyai warisan geologi yang unik. Formasi batuan lava berusia 248 juta tahun boleh ditemui di tempat-tempat tertentu, seperti di bahagian tenggara Pulau Sibu.
Tinggalkan Balasan