Galeri Tenun Johor dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 18 November 2018 bersempena dengan Pengisytiharan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar.
Galeri Tenun Johor adalah satu-satunya galeri yang khusus menayangkan produk-produk tenun Johor yang tidak dapat ditemui di tempat lain.
Selain galeri, pengunjung juga boleh melihat bagaimana fabrik benang Johor dihasilkan di bengkel tenun yang terletak di sebelah galeri. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh mengambil inisiatif untuk berinovasi dengan meletakkan rekaan fabrik benang pada produk lain seperti baju, beg, payung, dan cawan.
Tinggalkan Balasan