Galeri Seni Johor adalah salah satu tarikan yang menjadi tumpuan pelancong apabila melawat Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Ia merupakan lokasi untuk menjalankan acara seni seperti pameran, pertandingan, bengkel, seminar dan kelas.
Selain itu, ia turut menjadi medan untuk meningkatkan keupayaan pelukis-pelukis Johor untuk naik dan dikenali melalui perancangan program-program berkala berteraskan pendidikan.
Sehingga kini, lebih daripada 200 lukisan, draf, arca seramik dan fotografi daripada latar belakang pelukis yang berbeza telah ditempatkan di Galeri Seni Johor.
Tinggalkan Balasan