Bayu Balau Beach Resort (Hotel) terletak di Kampung Nelayan Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor, Malaysia. Bayu Balau Beach Resort merupakan destinasi pelancongan yang menarik dan sesuai untuk penginapan santai serta kunjungan pelancong individu persendirian (FIT) dan rombongan pelancongan berkumpulan (GIT). Oleh itu, ia terkenal dengan pelancongan perniagaan dan pelancongan riadah yang meningkatkan perjalanan domestik ke Tanjung Balau.
Bayu Balau Beach Resort (BBBR) adalah sebuah industri hotel dan resort yang diuruskan oleh Kejora Hospitality and Services Sdn Bhd (KHSSB). Sebelum ini, ia dikenali sebagai Pelangi Balau Resort yang dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. Pengambilalihan Pelangi Balau Resort oleh KHSSB berlaku pada tahun 2014. Oleh itu, Bayu Balau Beach Resort mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2017.
BBBR mempunyai 108 bilik secara keseluruhan, terdiri daripada 80 unit standard, 8 unit deluxe, 8 unit family deluxe, 10 unit vila, dan 2 unit grand pool villa. Selain itu, setiap jenis bilik mengaplikasikan konsep moden dan selesa untuk semua orang. Hotel ini dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan utama, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, restoran, dan kolam renang.
Lokasi hotel ini berdekatan dengan pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Selain itu, BBBR menyajikan pelbagai masakan tradisional Melayu seperti Ikan Masak Asam Pedas, Ketam Masak Lemak, Sotong Bakar dan Daging Salai. Masakan Barat turut menjadi sebahagian daripada makanan dan minuman istimewa BBBR.
BBBR juga mempunyai beberapa pakej seperti pakej mesyuarat, pakej hari keluarga, pakej pelajar, pakej seminar dan menawarkan harga promosi bermula dari RM 180 semalam untuk hotel dan RM100 semalam untuk chalet. Selain itu, lokasi hotel ini adalah kira-kira 10 minit ke pasar raya berdekatan dan Bandar Penawar. Persekitaran yang santai dan penginapan yang selesa memastikan anda mempunyai kenangan indah semasa menginap di BBBR
Tinggalkan Balasan